My Add

Monday 6 February 2012

Pemimpin diingat contohi Rasulullah bina Madinah

KEPALA BATAS, AHAD, 06 FebRUARI, 2012: Para pemimpin diingatkan agar mengutamakan kemakmuran dan keamanan negara selari dengan konsep kepimpinan Nabi Muhammad SAW sewaktu membangunkan kota Madinah yang hasilnya dinikmati oleh semua penduduk.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, kepimpinan yang ditunjukkan Rasulullah adalah model terbaik menyatupadukan rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan anutan.

Menurutnya, model itulah yang diamalkan di Malaysia sehingga berjaya menyatukan rakyat agar hidup aman dan harmoni tanpa perbalahan dan persengketaan sekali gus membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.

“Oleh sebab itu memperingati hari keputeraan Rasulullah adalah salah satu cara kita mengenang kembali serta mempelajari usaha-usaha yang dibawa baginda dalam mentadbir negara.

“Baginda memakmurkan Madinah sehingga menjadi sebuah negara yang aman serta manfaatnya dirasai oleh semua masyarakat tanpa mengira agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perarakan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di Sekolah Kebangsaan Hashim Awang di sini, semalam.

Jelasnya lagi, setiap amalan Rasulullah harus menjadi teladan kepada pemimpin hari ini agar mereka diterima baik masyarakat serta mampu membawa Malaysia ke mercu kecemerlangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdullah menjelaskan beliau tidak setuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap usaha melindungi keselamatan Israel. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment