My Add

Wednesday 22 February 2012

Pembatalan Snap: ROS dapat kebenaran merayu

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA, SELASA, 21 Februari, 2012: Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan pembatalan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) oleh badan itu, sebagai tidak sah dan terbatal.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang bersidang bersama Datuk Suriyadi Halim Omar dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datin Paduka Zaleha Zahari memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan ROS.

ROS merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2010 yang membenarkan permohonan bekas Timbalan Presiden Snap, Datuk Justine Jinggut untuk mengetepikan keputusan ROS membatalkan parti tersebut, 10 tahun lalu.

ROS dibenar mengemukakan empat persoalan undang-undang berhubung tafsiran Seksyen 16(1) dan Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang isunya melibatkan kepentingan awam serta belum pernah diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara sebelum ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment