My Add

Sunday 5 February 2012

Pengasas pengajian bahasa Melayu di Rusia meninggal dunia

Dr. Tatiana V. Dorofeeva
MOSCOW 05 Feb. - Pakar bahasa Melayu berbangsa Rusia yang juga individu pertama memperkenalkan bahasa kebangsaan di negara Soviet Union, Dr. Tatiana V. Dorofeeva, 64, meninggal dunDr. Tatiana V. Dorofeevia minggu lepas akibat penyakit barah..

Beliau memperkenalkan pengajian bahasa Melayu di Institut Negara-Negara Asia dan Afrika, Moscow State University dan University of Applied Oriental Studies, Moscow.

Dorofeeva yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Nusantara telah menyatukan para pengkaji dunia Melayu, Moscow dan St.Petersburg, merupakan individu yang amat meminati dan cintakan bahasa Melayu lebih daripada segalanya.

Kali pertama pensyarah itu jatuh cinta kepada bahasa Melayu ialah ketika beliau mendapat peluang menjadi pelajar pemerhati di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga 1971.

Ketika itu, Dorofeeva merupakan pengajar di Jabatan Filologi Negara-Negara Asia Tenggara.

Dorofeeva pernah menceritakan bahawa beliau menyedari versi bahasa Melayu yang dijadikan bahasa kebangsaan di negara ini sepatutnya mendapat tempat tersendiri di dalam kurikulum universitinya.

Berkat usaha dan kegigihan Dorofeeva, pengajian Melayu (Malaysia) dilancarkan di jabatannya pada 1972 dan beliau menjadi pensyarah pertama bahasa Melayu sehingga ke akhir hayatnya.

Bekas pensyarah itu sentiasa memberi harapan kepada para pelajarnya untuk mendapat peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan bahasa Melayu, sama ada di Malaysia atau di Rusia.

Dorofeeva bukan sahaja pakar dalam bidang bahasa Melayu dan mempunyai doktor falsafah (Ph.D) dalam bidang Linguistik (bahasa Melayu), bahkan beliau juga seorang penterjemah dan penyelidik, penulis rencana akademik bahasa dan sejarah bahasa Malaysia dan penulis buku teks bahasa Melayu.

Antara sumbangannya ialah menjadi pengasas pengajian bahasa Melayu di Rusia, menghasilkan buku pelajaran bahasa Melayu bagi pelajar di negara itu dan menerbitkan buku bertajuk Sejarah Penulisan Bahasa Melayu.

Beliau juga pernah menerbitkan terjemahan novel Seluang Menodak Baung karya Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad ke dalam bahasa Rusia.

n OLGA Vadimovna Vasilevskaya merupakan bekas juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2007.- UTUSAN


No comments:

Post a Comment