My Add

Friday 3 February 2012

Penghantar surat dituduh rompak wartawan Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Februari, 2012: Seorang peanghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini, hari ini terhadap pertuduhan merompak seorang wartawan wanita Utusan Malaysia melibatkan barangan bernilai RM10,000 minggu lepas.

Muhammad Haqqim Abd Rahman, 19, bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak dua utas rantai leher dan dua loket emas milik Meran Abu Bakar, 53, di hadapan raumah No. 10, Jalan 3, Taman Selayang, Batu Caves dekat sini pada 7 malam, 28 Januari lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Muhammad Haqqim tidak diwakili peguam. - BERNAMA
a

No comments:

Post a Comment