My Add

Sunday 12 February 2012

Selangor sedia dedah kewangan Yayasan Selangor, UNISEL

SHAH ALAM, AHAD, 12 Februari, 2012: Kerajaan Selangor bersedia mendedahkan kepada umum kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan Universiti Selangor (UNISEL). 

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata mengambil contoh Yayasan Selangor, institusi milik kerajaan negeri itu diaudit setiap tahun sejak pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran di Selangor.

"Ini bukan perkara yang aneh pada saya sebab kita akan audit (semua akaun syarikat dan agensi milik kerajaan negeri) setiap enam bulan dan sasaran saya selepas tiga bulan kita sudah mula audit.

"Disiplin ini sudah dibuat oleh kerajaan negeri sejak mentadbir Selangor pada 2008. Jadi tidak timbul isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak mengenai dakwaan ini sebab kita sedia tunjuk kepada umum," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang bagi Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil (SKJT) seluruh Selangor di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, semalam, yang meminta kerajaan negeri ini mengumumkan kedudukan kewangan semasa Yayasan Selangor dan UNISEL kerana didakwa mengalami kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment