My Add

Saturday 25 February 2012

PKR-DAP tidak campur tangan

ALOR SETAR, JUMAAT, 24 Februari, 2012: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan campur tangan dalam kemelut pentadbiran Kerajaan Pas Kedah ketika ini terutama berhubung spekulasi tentang peletakan jawatan beberapa Exco kerajaan negeri.

Pengerusi PKR negeri, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, ketiga-tiga Exco kerajaan negeri daripada PKR turut dinasihatkan untuk menghadiri majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 28 Februari ini.

Katanya, perkara tersebut juga telah dimaklumkan kepada penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kepimpinan PKR turut menasihatkan PKR Kedah tidak mencampuri urusan Pas Kedah dan menghadiri majlis tersebut seperti biasa,” katanya dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin bahawa beberapa Exco kerajaan negeri telah menulis surat kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua Exco yang disebut-sebut berbuat demikian adalah Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Dr. Ismail Salleh, dipercayai kerana kecewa dengan sikap dan kepemimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, berhubung pelbagai isu melanda pentadbirannya sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, menurut Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik, konflik dalam pentadbiran kerajaan Pas Kedah dikatakan sudah lama berlarutan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment