My Add

Sunday 12 February 2012

PLUS perjelas isu tol

KUALA LUMPUR, SABTU, 11 Februari, 2012: PLUS Expressways Bhd., pengendali Lebuh Raya Utara Selatan hari ini menjelaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran tol kepada kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas-tugas memadam kebakaran atau kecemasan.

Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd. Hamid (gambar) berkata, pengecualian tersebut turut diberikan kepada ambulans, kenderaan menyelamat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis, tentera serta Jabatan Penjara.

"Pengecualian ini adalah berdasarkan peruntukan Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984, Perintah Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) (Pungutan Tol) (Jadual Keempat Belas (Perenggan 4) yang memperuntukkan bayaran tol tidak dikenakan ke atas semua kenderaan kerajaan.

"Justeru, semua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menjalankan tugas kecemasan diberi pengecualian tol, termasuk kenderaan Jabatan Bomba yang menjalankan latihan operasi menyelamat serta operasi rondaan semasa musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ketetapan yang diputuskan oleh Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk menggunakan lebuh raya Persekutuan sahaja jika kenderaan rasmi masih dikenakan bayaran.

Menurut Noorizah, caj tol hanya dikenakan ke atas kenderaan Jabatan Bomba yang tidak menjalankan kerja-kerja kecemasan atau menyelamat.

"Kenderaan Jabatan Bomba yang membawa kakitangan atau pegawai bagi menghadiri tugas rasmi seperti mesyuarat, seminar dan kursus serta van yang membawa barangan pejabat masih dikenakan caj tol. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment