My Add

Sunday 12 February 2012

UMNO Tanah Merah bantu mahasiswa

TANAH MERAH, SABTU, 11 Februari, 2012: Golongan mahasiswa di daerah ini terus mendapat perhatian dan pembelaan UMNO Bahagian Tanah Merah yang memperuntukkan lebih RM500,000 bagi membantu mereka.

Terbaru, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz telah menyampaikan sumbangan kepada 1,592 mahasiswa kelahiran Tanah Merah, dengan mendapat kerjasama Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata).

Menurut Ikmal Hisham, sumbangan tersebut merupakan penghargaan dan pembakar semangat kepada mahasiswa terbabit yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik.

"Setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas. Selain itu, Permata juga mengadakan pelbagai program yang dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa antaranya bengkel sahsiah diri, penulisan resume dan banyak lagi.

"Sesungguhnya, UMNO Tanah Merah begitu cakna terhadap masa depan mahasiswa dari Tanah Merah dan akan sentiasa membantu mereka untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang pendidikan yang menjadi agenda utama UMNO bahagian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment