My Add

Sunday 12 February 2012

Projek penyambungan landasan LRT lancar: PRASARANA

PETALING JAYA, AHAD, 12 Februari, 2012: Pelaksanaan Projek Penyambungan Landasan LRT (LEP) yang bermula pada 2010 berjalan lancar, dengan hampir 90 peratus kontrak tender sudah diserahkan kepada syarikat yang dilantik. 

Pengarah Kumpulan Pembangunan Projek Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA), Zulkifli Mohd Yusoff, berkata sebahagian besar pakej kerja projek itu sudah diserahkan kepada kontraktor terbabit, kecuali bagi dua stesen dan depoh untuk Aliran Ampang.

Katanya, kontrak bagi membekalkan tren dan pakej kerja untuk sistem belum diserahkan kerana menunggu bangunan stesen berkenaan siap dibina.
"Selepas kerja sivil siap, barulah kami melantik syarikat untuk melaksanakan kerja itu secara tender, bagi sistem operasi seperti bekalan tenaga elektrik dan kerja berkaitan landasan. 

"Kami harap semua kontrak dapat diserahkan kepada syarikat menjelang pertengahan tahun ini," katanya pada sesi taklimat media mengenai projek itu di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment