My Add

Monday 13 February 2012

Bantuan RM100, BR1M diteruskan jika ekonomi berkembang

IPOH, AHAD, 12 Februari, 2012: Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun sekiranya ekonomi mencatatkan pertumbuhan pesat. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

"Tak menjadi masalah (beri bantuan setiap tahun), kalau keadaan ekonomi kita tumbuh dengan pesat dan kita berpeluang untuk memerintah negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadikan bayaran RM500 kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah sebagai satu program tahunan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment