My Add

Sunday 12 February 2012

Projek tebatan banjir bernilai RM560 juta di Perlis

KANGAR, AHAD, 12 Februari, 2012: Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Perlis bernilai RM560 juta akan membabitkan pembinaan Lencongan Barat, menaik taraf empangan Timah Tasoh dan projek tebatan banjir Sungai Arau, kata Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Zoal Azha Yusof. 

Beliau berkata, projek pembinaan Lencongan Barat itu akan mengalirkan lebihan air dari empangan Timah Tasoh terus ke laut dengan lebih lancar.

Projek menaik taraf empangan Timah Tasoh pula akan meningkatkan kapasiti takungan empangan itu daripada 33 juta liter padu kepada 87 juta liter padu, katanya kepada pemberita di empangan Timah Tasoh dekat sini selepas meninjau kerja-kerja awal RTB di kawasan Chuping, Arau dan Beseri, hari ini.

No comments:

Post a Comment