My Add

Sunday 26 February 2012

Rakyat perlu bijak, jangan sokong parti banyak masalah

PENDANG, SABTU, 25 Februari, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat perlu bijak memilih parti yang mementingkan rakyat dan bukannya parti yang banyak masalah.

Perdana Menteri meminta rakyat tidak memberi sokongan kepada parti yang banyak masalah seperti mempunyai ideologi bertentangan.

"Ada kata itu, ada kata ini. Ada yang sokong Israel dan ada yang banyak masalah peribadi. Kita tak boleh pakai parti banyak masalah ini,” katanya pada Karnival Kasih Perdana Menteri Bersama Masyarakat Siam Kedah dan Perlis di Wat Nanai, Kampung Tok Set dekat sini hari ini.

Najib berkata, rakyat perlu menyokong Barisan Nasional (BN) kerana BN adalah kerajaan yang membela rakyat.

"Kita tak main politik. Kita tak janji bulan, bintang dan cakerawala. Kita tak janji tetapi kita buat. Kita dah buat sejak tiga tahun ini... beri kita lima tahun lagi dan kita akan ubah landskap sosioekonomi negara ini.

"Kita akan capai wawasan kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020. Tapi untuk laksanakannya kita perlukan sokongan rakyat,” tegas Perdana Menteri. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment