My Add

Sunday 26 February 2012

Undi sesiapa saja dipilih jadi calon BN - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, SABTU, 25 Februari, 2012: Ahli-ahli UMNO hendaklah mengetepikan semua soal lain berkaitan pencalonan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang dan sebaliknya mengundi sesiapa saja yang mewakili Barisan Nasional (BN) untuk menjamin kemenangan dengan majoriti yang selesa.

Hal ini ditegaskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kira-kira 7,000 pemimpin akar umbi yang terdiri daripada ketua cawangan, ketua wanita, ketua pemuda dan ketua puteri dalam satu perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam satu kenyataan mengenai perjumpaan itu berkata:

“Dr Mahathir menekankan paling penting ialah Barisan Nasional menang majoriti dua pertiga kerusi di peringkat negeri dan Parlimen kerana ia akan menentukan BN dapat menubuhkan kerajaan atau tidak.”

Dr Mahathir berkata, walaupun peringkat bahagian parti mencadangkan beberapa nama tetapi atas sebab tertentu individu yang bukan ahli parti dipilih sebagai calon, ahli UMNO mesti menyokong dan mengundi calon itu kerana yang penting ialah kemenangan parti, bukannya individu.

Menurut Dr Mahathir, tiada guna jika hanya orang tertentu yang kita mahu menjadi calon itu menang, tetapi akhirnya BN tidak cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment