My Add

Monday 13 February 2012

RM4j jayakan Program Asas Tani

MOHAMED Khaled Nordin (kiri) menunjukkan barang-barang bantuan yang layak diterima pada Program Penyerahan Bantuan Azam Tani di Dewan Serbaguna Taman Cendena, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU, AHAD, 12 Februari, 2012; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM4 juta bagi Program Asas Tani yang akan diserahkan kepada penerima di Johor pada tahun ini.

Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas, Sahdan Salim berkata, sehingga kini, seramai 400 peserta yang telah berdaftar dengan e-Kasih telah dikenal pasti melalui bancian dan soal selidik.

Beliau berkata, bancian dan soal selidik itu bertujuan mengenalpasti golongan yang produktif dan tidak produktif sebelum bantuan berupa peralatan pertanian itu dapat disalurkan.

''Seramai 302 peserta dari seluruh negeri ini menerima bantuan berjumlah RM5 juta bagi program ini sejak ia diperkenalkan pada pertengahan 2010.

''Justeru itu, bakal penerima ini dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang akan diterima nanti," katanya yang mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Hashim Abdullah ketika berucap sempena Program Penyerahan Bantuan Azam Tani di Dewan Serbaguna Taman Cendana dekat Pasir Gudang, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang.

Menurut Sahdan, program berkenaan telah berjaya membantu seramai 102 peserta dari negeri ini keluar daripada garis kemiskinan.

Sementara itu, Mohamed Khaled menggesa 39 penerima bagi Parlimen Pasir Gudang menggunakan peluang tersebut untuk menambah pendapatan sekali gus meningkatkan taraf hidup masing-masing. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment