My Add

Tuesday 21 February 2012

Rasuah polis: Warga emas didenda RM3,000


RASAH, ISNIN, 20 Februari, 2012: Gara-gara memberi rasuah RM150 kepada seorang pegawai polis, seorang warga emas didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Cheok See Lew, 72, mengaku memberi rasuah kepada Cif Inspektor Abd. Ghani Sahman sebagai dorongan bagi mengelakkannya ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti rumah pelacuran di sebuah hotel di Jalan Pantai, Port Dickson, dekat sini kira-kira pukul 10.20 pagi, 19 Mei tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

See Lew yang tidak diwakili peguam bela dalam rayuannya sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia sudah tua dan tidak mampu membayar denda yang tinggi.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Hanafi Abdul Rahim yang mengendalikan pendakwaan pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan rasuah adalah serius. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment