My Add

Wednesday 15 February 2012

Silat wadah satukan Melayu daripada berpecah

KUALA LUMPUR, SELASA, 14 Februari, 2012: Seni silat bukan sahaja dilihat sebagai satu seni mempertahankan diri bagi orang Melayu tetapi ia juga mampu menjadi wadah yang dapat menyatupadukan kaum tersebut daripada berpecah.

Pengasas Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM), Tan Sri Omardin Mauju berkata, seni silat juga boleh digunakan untuk membela maruah bangsa dan negara.

"Melalui silat, golongan remaja khususnya dapat menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan anasir-anasir yang tidak baik.

"Bukan itu sahaja, malah golongan muda juga dapat mempelajari sejarah Melayu secara mendalam kerana silat berkait rapat dengan sejarah orang Melayu," katanya selepas merasmikan gelanggang PSSLM di Surau An-Nur, Taman Kasturi di sini semalam.

Jelasnya, golongan muda perlu melihat seni silat sebagai satu seni yang cukup indah untuk dipelajari memandangkan ia adalah lambang kepada kekuatan jati diri kaum Melayu.

"Saya amat menggalakkan kaum Melayu dari pelbagai peringkat umur untuk sertai seni silat ini, dan turut mengalu-alukan penyertaan kaum Cina dan India untuk menjadi ahli pertubuhan ini dan seterusnya berkongsi keunikan budaya Melayu," katanya.

Pada majlis tersebut, Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Fadhil Daud turut memberi sumbangan berjumlah RM2,000 kepada pertubuhan tersebut.

Menurut Fadhil, sumbangan tersebutUTUSAN bertujuan menaik taraf gelanggang silat bagi memberi keselesaan kepada ahli-ahlinya untuk membuat latihan dan aktiviti berkaitan.

"Saya lihat, dengan mempelajari seni silat, ia mampu membina jati diri golongan muda serta meningkatkan integriti diri mereka.

"Selain itu, saya juga berharap gelanggang silat di surau An-Nur ini dapat menjadi gelanggang induk untuk mempelajari silat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment