PETALING JAYA, SELASA, 14 Februari, 2012: Enam pasangan yang menyambut Hari Kekasih di bilik-bilik hotel bajet di sekitar daerah ini ditahan dalam operasi bersepadu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi.
Selain JAIS, operasi bermula pukul 1 pagi itu turut melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan polis.
Jurucakap JAIS berkata, antara kawasan yang menjadi tumpuan pemeriksaan adalah di sekitar Kota Damansara dan Sri Damansara.
“Daripada lebih 10 hotel bajet yang diperiksa, kita menahan enam pasangan berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun kerana berdua-duaan di dalam bilik.
“Kesemua mereka ketika ditahan memberikan kerjasama yang baik walaupun terdapat segelintir yang hanya membuka pintu selepas dipanggil beberapa kali,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment