My Add

Tuesday 21 February 2012

Simbah asid dua sahabat: Nelayan, penganggur ditahan

KUALA TERENGGANU, ISNIN, 20 Februari, 2012: Polis menahan seorang nelayan dan seorang penganggur bagi membantu siasatan kes dua sahabat disimbah cecair asid dalam kejadian awal pagi semalam di Kampung Padang Merchang, Marang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Kampung Padang Rusa dan Kampung Padang Merchang pukul 7.30 petang semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati ia mungkin berpunca daripada perasaan cemburu. Namun kita akan cuba dapatkan maklumat dan keterangan lengkap daripada kedua-dua suspek dan kedua-dua mangsa yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Manoharan berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman seminggu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment