My Add

Monday 13 February 2012

Telefon pintar kegilaan masa kini

Bahagian akhir

MUKADIMAH
Ketagihan rakyat Malaysia terhadap telefon pintar dikatakan semakin meningkat. Golongan ini sanggup berbelanja besar bagi tujuan berkenaan. Dalam bahagian akhir laporan khas ini wartawan Utusan Malaysia MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR, ROSALINDA MD. SAID dan NORAZRIN MARZUKI bersama jurugambar MOHD. NAIM AZIZ, WAN WAHAB NOOR FAISAMI, AZWAN ZAHAR dan ALI ISKANDAR meninjau pandangan peniaga dan pengguna terhadap fenomena ini.
KUALA LUMPUR. AHAD 12 Februari, 2012: Telefon pintar kini menjadi pilihan utama berbanding telefon bimbit biasa kepada mereka yang mahukan teknologi terkini dalam memenuhi cita rasa, gaya dan kemudahan yang diberikan.

Statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mendapati pada tahun 2010 sebanyak 4.7 juta telefon pintar digunakan di negara ini.

Sudah pasti kini penggunaannya semakin meningkat dengan adanya model terbaru dan canggih dikeluarkan setiap bulan oleh syarikat pengeluar telefon bimbit.

Model seperti Samsung, BlackBerry, HTC, Iphone dan Sony seakan mendominasi pasaran telefon bimbit negara dengan pelbagai ciri-ciri canggih yang ditampilkan bagi membezakan mereka dari jenama lain.

Tinjauan yang dilakukan Utusan Malaysia ke Plaza Low Yat di sini mendapati, kebanyakan kedai utama mahupun booth kecil turut menjual jenama sama disebabkan permintaan tinggi ketika ini.

Walaupun menjual jenama sama seperti Samsung, Iphone, HTC dan BlackBerry, namun setiap kedai itu tetap dapat menjual sekurang-kurangnya 400 hingga 500 buah telefon dalam sebulan.

Seorang pelangan yang ditemui, Wan Saiful Azli Borhan, 34, berkata, penggunaan telefon pintar sememangnya banyak membantu dalam melaksanakan tugasan dan kerja hariannya sebagai ahli perniagaan.

Menurutnya, dia dapat membalas e-mel pelanggan dan juga melakukan kerja-kerja pejabat tidak kira di mana dan pada bila-bila masa.

Dia yang menggunakan dua telefon pintar dalam satu-satu masa berkata, BlackBerry merupakan nadi kepada tugas hariannya kerana ciri-ciri yang dimiliki telefon tersebut memudahkannya membalas pesanan ringkas, menyimpan nota mahupun menaip e-mel.

Manakala bagi Iphone, ia banyak membantu dia menyemak kerja yang berkaitan nombor atau pembentangan yang siap kerana mempunyai skrin paparan yang lebih besar.

Selain itu, katanya, sistem operasi (OS) yang lebih pantas dan mesra pengguna amat penting dalam penggunaan sesebuah telefon itu kepada pelanggan yang menggunakannya.

“Telefon pintar adalah seakan komputer yang hanya dikecilkan bagi memudahkan pengguna maka ‘jantung’ atau ‘otak’nya perlu stabil dan kuat bagi memudahkan kerja dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Farisya Ahmad, 31, berkata, boleh dikatakan setiap orang memiliki sebuah telefon pintar pada ketika ini kerana ia bukan hanya trend bahkan keperluan dalam hidup seharian.

“Terutamanya BlackBerry kerana keunikan aplikasi Blackberry Messenger (BBM) yang sukar ditandingi oleh pengeluar telefon pintar lain dipasaran.

“Ia membuatkan sesiapa sahaja yang telah memiliki BlackBerry tidak akan bertukar ke telefon ain disebabkan aplikasi yang boleh digunakan secara percuma,” katanya.

Farisya berkata, jika seseorang mahu menggunakan telefon pintar yang lain mereka pasti tidak akan meninggalkan BlackBerry dan menjadikan telefon pintar lain sebagai telefon kedua.

“Walaupun pernah terfikir untuk menukar kepada telefon pintar yang lain, namun niat itu dilupakan kerana BlackBerry sukar ditandingi oleh mana-mana pengeluar telefon bimbit lain,” katanya.

Ternyata telefon pintar bukan lagi satu barangan mewah kerana ia kian menjadi kegilaan semua orang tidak kira usia, taraf hidup dan kerjaya.

Berhabis ribuan ringgit bukan satu alasan apabila kemudahan yang diberikan ternyata berbaloi dengan pelaburan yang dikeluarkan.

Kini, apabila berjalan dimana-mana sudah pasti dapat melihat gelagat orang yang sedang bermain pesanan ringkas melalui BBM dengan BlackBerry, mengambil gambar dengan Samsung S2, panggilan video dengan Iphone serta mendengar lagu dengan HTC.

No comments:

Post a Comment