My Add

Monday 6 February 2012

Tingkatkan keselamatan di pantai untuk elak kejadian lemas


ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) meronda menggunakan motosikal di Pantai Sepat, Kuantan sempena cuti umum. Pantai Sepat sudah meragut lima nyawa sepanjang bulan lalu sehingga memaksa pihak berkuasa meletakkan JPAM untuk memantau sekitar pantai itu bagi memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku. - Foto Luqman Hakim Zubir

KUALA LUMPUR,ISNIN, 06 Februari, 201,: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) menggesa agensi dan pihak berkuasa yang berkaitan supaya meningkatkan tahap keselamatan di sepanjang pantai di negara ini berikutan peningkatan jumlah kematian akibat lemas setiap tahun. 

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata strategi pengurusan perlu turut dirangka dan dilaksanakan secara berkesan untuk mengelak kematian akibat lemas.

"Kita memerlukan strategi bagi pantai yang selamat, bebas daripada kes mati lemas. Ia bukan untuk menghalang orang ramai daripada bergembira, atau menegah mereka daripada berada dalam air. Kami mahu mereka selamat semasa berbuat demikian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment