My Add

Monday 6 February 2012

Tunggu penstrukturan selesai - Syabas

RAWANG, AHAD, 06 Februari, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan bahawa Taman Rawang Jaya dan New Green Park di Rawang tersenarai bagi pelaksanaan projek penggantian paip lama.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporatnya, Abdul Halem Mat Som berkata, ini kerana kedua-dua kawasan berkenaan mempunyai paip berusia lebih 30 tahun.

Bagaimanapun, kata beliau, projek itu terpaksa ditangguhkan sehingga isu penstrukturan semula pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diselesaikan.

"Apa yang diharapkan ialah agar penduduk dapat membuat aduan kepada Syabas dengan segera sekiranya terdapat sebarang masalah berhubung paip pecah atau bocor.

"Buat masa ini, apa yang boleh Syabas lakukan adalah memastikan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan dengan segera," ujarnya ketika dihubungi di sini bagi mengulas mengenai masalah paip pecah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan terlibat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment