My Add

Tuesday, 7 February 2012

Usaha mengesahkan dakwaan kematian Zulkifli buntu

JOHOR BAHRU, SELASA, 07 Februari, 2012: Usaha pihak berkuasa Filipina untuk mengesahkan sama ada pengganas Jemaah Islamiyah (JI) kelahiran Johor, Zulkifli Hir @ Marwan benar-benar terbunuh dalam serangan udara di selatan negara itu pada Khamis lepas masih menemui jalan buntu.

Menurut sumber keselamatan serantau, sehingga kini, pihak berkuasa Filipina masih gagal menemui sebarang mayat di lokasi serangan udara terbabit yang terletak di kawasan hutan Pulau Jolo, selatan negara itu.

"Dakwaan kematian Zulkifli itu sehingga kini masih belum disahkan kerana mereka (tentera Filipina) sehingga kini masih gagal menemui sebarang mayat di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, penemuan mayat di lokasi kejadian adalah amat kritikal kepada sebarang usaha untuk mengesahkan sama ada Zulkifli yang dilahirkan di Muar itu, benar-benar terkorban sebagaimana yang didakwa.

Sumber keselamatan itu berkata, sebarang usaha pengesahan mayat menggunakan kaedah DNA bergantung pada penemuan mayat. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment