My Add

Sunday 12 February 2012

Program transformasi bawa perubahan positif

IPOH, SABTU, 11 Februari, 2012: Pelbagai program transformasi yang dilaksanakan Barisan Nasional (BN) di Perak telah menampakkan perubahan sikap yang positif di kalangan rakyat negeri ini terhadap kerajaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, program yang dilaksanakan itu mampu menambat hati rakyat untuk menyokong BN.

"Dalam tempoh tiga tahun banyak perkembangan yang nyata. Program transformasi yang dibawa BN memberi impak besar dan sikap pengundi juga agak menyebelahi kita," katanya kepada pemberita selepas program Pengurusan Permentoran Perkhidmatan Awam dan Majlis Dialog Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Pendidik Perak di sini hari ini.

Beliau berharap BN akan terus dapat mengekalkan kedudukannya di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tengok dah ada petanda-petanda yang lebih positif (untuk pertahan kedudukan). Mereka (rakyat) dapat lihat kesungguhan BN, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan nasib mereka.

"Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir buat kerja dengan turun padang bertemu rakyat. Bagi saya trend ini beri harapan yang lebih kepada kita untuk pertahankan kedudukan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemimpin BN tidak boleh bersenang-senang dan jangan mudah berpuas hati dengan segala perubahan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment