My Add

Wednesday 15 February 2012

Wira Perkasa sedia bersama tangani sindrom GTB

PULAU PINANG, SELASA, 14 Februari, 201: Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya untuk menangani sindrom Geng Tolak Bahagian (GTB).

Ketuanya, Mohd. Rizuad Azudin berkata, sindrom GTB tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menjejaskan program transformasi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang juga mementingkan penyatuan dan perpaduan umat Islam di negara ini, kami memandang serius perkara tersebut.

"Kita seharusnya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menang dengan majoriti dua per tiga. Jangan individu di peringkat bahagian atau cawangan 'menderhaka' kepada Perdana Menteri," katanya di sini hari ini.

Khamis lalu, Hilmi memberi amaran mengenai kewujudan GTB di setiap bahagian.

Jelasnya, kumpulan tersebut dianggotai oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang cuba memboikot atau mensabotaj bahagian masing-masing jika 'orang mereka' tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti.

Pergerakan kumpulan berkenaan kini dikesan di beberapa bahagian di negeri ini.

Dalam pada itu Mohd. Rizuad berkata, rakyat di negara ini amat menyokong UMNO dan BN setelah melihat Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya pandai berjanji.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang menjadi calon pada pilihan raya umum nanti agar bekerja untuk rakyat dengan bersungguh-sungguh bagi mengukuhkan semula perpaduan di negara ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment