My Add

Tuesday 26 February 2013

8 kegagalan kerajaan PKR Selangor didedah

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR SELASA, 26 Februari, 2013: Sebanyak lapan kegagalan pentadbiran kerajaan Selangor disenaraikan dan didedahkan hari ini.

Ia didedahkan oleh laman blog Darul Ehsan Today bagi menolak kepimpinan pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Mendahului senarai kegagalan itu adalah berkaitan isu pasir diikuti isu hutang Talam, Yayasan Basmi Kemiskinan, isu agama Islam, isu ekonomi atau kewangan, isu sampah, isu peribadi dan isu rumah urut atau pusat hiburan.

Dalam kegagalan berkaitan isu pasir, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dianggap gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta pada tahun 2009.

Bagi kegagalan isu hutang Talam, kerajaan negeri tidak beretika kerana ‘membeli’ hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan dan duit rakyat.

Manakala bagi isu Yayasan Basmi Kemiskinan, kerajaan negeri didakwa berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor.

Bagi isu agama Islam pula, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

Untuk mengetahui satu persatu hujah blog tersebut mengenai pendedahan lapan kegagalan kerajaan PKR Selangor itu, anda boleh membacanya di link ini: http://darulehsantoday.blogspot.com/2013/02/aku-senaraikan-8-kegagalan-pentadbiran.html - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment