My Add

Wednesday 27 February 2013

Ketua sindiket hidup mewah hasil dadah

*INILAH kereta Porsche Carrera berharga RM1.2 juta milik seorang lelaki tempatan dipercayai ketua sindiket pengedaran dadah yang disita di Sabah, baru-baru ini.

Oleh ANGELINA SINYANG dan NORHIDAYUMOHD. HASSAN

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Februari, 2013: Seorang penganggur dan bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO) di Sabah, memiliki empat kereta mewah termasuk jenis Porsche Carrera berharga RM1.2 juta.

Di ibu negara, seorang lelaki tempatan memiliki kekayaan berjumlah RM16 juta terdiri daripada 10 buah rumah bernilai RM12 juta, akaun bank RM4 juta, 11 buah kereta berharga RM600,000 dan lain-lain harta bernilai RM24,000.

Selain itu, seorang warga Iran memiliki wang tunai RM1.4 juta, akaun bank RM285,000, kereta dan barang kemas berjumlah RM120,000.

Ketiga-tiga individu terbabit merupakan antara puluhan ketua sindiket tempatan dan antarabangsa yang ditahan dan memiliki kekayaan luar biasa melalui hasil mengedar dadah yang harta mereka disita oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2010 sehingga kini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment