My Add

Wednesday 27 February 2013

19 pelancong terbunuh belon udara meletup di Mesir

KAHERAH, SELASA, 26 Februari, 2013: 19 pelancong terbunuh apabila belon udara panas yang dinaiki mereka disambar api sebelum meletup ketika ia sedang berada di udara di atas bandar Luxor, Mesir, hari ini.

Pekerja syarikat yang mengendalikan perkhidmatan belon udara itu berkata, antara pelancong yang terbunuh adalah warga negara Korea, Jepun dan Britain; selain seorang rakyat tempatan.

Pihak berkuasa negara itu berkata, belon udara panas itu sedang membawa 21 penumpang ketika ia berada 300 meter di udara, di atas Qurna, iaitu Tebing Barat Luxor sebelum ia terbakar dan meletup.

Beliau berkata, dua penumpang yang terselamat termasuk seorang pengemudi belon udara panas itu. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment