RAMEZ DAYOUB |
KUALA LUMPUR, SELADA, 26 Februari, 2013: Pasukan bola sepak Selangor menerima tamparan hebat apabila pemain import Lebanon, Ramez Dayoub, telah digantung seumur hidup dan didenda sebanyak $15,000 (RM46,529.98) oleh Persatuan Bola Sepak Lebanon setelah didapati bersalah dalam skandal mengatur perlawanan.
Melalui petikan dari pada media Lebanon, Aljadeed Sport, Ramez merupakan salah seorang daripada dua pemain yang terbabit semasa cuba mengatur keputusan pertemuan antara Lebanon dan Qatar pada pusingan kelayakan akhir Piala Dunia 2014 zon Asia, 30 Jun lalu.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Siasatan dan Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak Asia Barat, Fadi Zureikat di ibu pejabat Persatuan Bola Sepak Lebanon.
Walaupun begitu, mereka masih dibenarkan membuat rayuan kepada Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) dan Ramez sendiri membuat penafian terlibat dalam insiden itu serta bersedia memberikan keterangan bagi membersihkan namanya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment