My Add

Wednesday 27 February 2013

Manifesto pembangkang resepi untuk rakyat tolak: Ongkili

KOTA MARUDU, SELASA, 26 Februari, 2013: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menyifatkan tidak ada yang istimewa dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang selain tidak masuk akal, justeru harus ditolak rakyat.

Beliau berkata, kebanyakan yang ditawarkan itu sudah dilakukan kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Manifesto pakatan tidak kreatif selain tidak bertanggungjawab. Contohnya menghantar pulang sejuta pekerja asing akan melumpuhkan sektor perladangan kelapa sawit, pembinaan dan industri perkhidmatan serta separuh daripada Keluaran Dalam Negara Kasar negara sekarang," katanya di sini, hari ini.

Ongkili yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi diminta mengulasmengenai manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 pakatan pembangkang yang diumum di Shah Alam, Selangor, semalam.

Antara lain, Pengarah Strategi Parti Keadilan, Rakyat Rafizi Ramli ketika membentangkan manifesto itu, dilapor berkata, pakatan komited dalam mempertahankan hak Sabah dan Sarawak berdasarkan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas lanjut, Ongkili berkata, pemansuhan pinjaman pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menafikan hak sebahagian pelajar dari Sabah dan Sarawak yang kini menuntut di universiti awam dan swasta.
"Mereka tidak mampu belajar di universiti dan kolej tanpa PTPTN," katanya.

Mengenai penghapusan tol, beliau berkata langkah itu akan mengikis kewangan kerajaan, sekali gus menjejaskan pembinaan jalan berkualiti di Sabah dan Sarawak sedangkan penduduk di Semenanjung menikmati kemudahan lebuh raya.

"Kita tidak perlukan kerajaan pusat seperti itu. Manifesto itu resepi sempurna bagi penolakan rakyat," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment