My Add

Wednesday 27 February 2013

141 orang maut di Aleppo

 *SEJUMLAH penduduk semalam mencari mangsa-mangsa yang terselamat dalam runtuhan bangunan akibat serangan peluru berpandu tentera Syria di Aleppo, Syria pada minggu lalu.

BEIRUT, SELASA, 26 Februari, 2013: Sekurang-kurang 141 orang terkorban termasuk 71 orang kanak-kanak selepas tentera rejim Presiden Bashar al-Assad melancarkan empat serangan peluru berpandu ke atas Aleppo pada minggu lepas, kata pertubuhan hak asasi Human Right Watch semalam.

Pertubuhan tersebut mengesahkan angka korban tersebut selepas beberapa penyelidik melawat kawasan serangan di utara Syria itu.

Badan hak asasi manusia antarabangsa itu berkata, kesemua serangan mengenai kawasan penempatan penduduk.

Bandar Aleppo yang merupakan bandar terbesar Syria menjadi medan pertempuran utama bagi menggulingkan pemerintahan Bashar.

Menurut pertubuhan itu, serangan itu tidak mengikut undang-undang terhadap penduduk awam.

Hasil lawatan sekumpulan penyelidik badan pemerhati itu, mendapati sekurang-kurangnya 20 buah bangunan musnah akibat terkena bedilan peluru berpandu.

Konflik di Syria meletus pada Mac 2011 selepas para penentang melancarkan tentangan ke atas rejim Bashar kerana tidak berpuas hati dengan pemerintahannya.

Mereka menuduh Bashar gagal untuk melakukan pembaharuan dalam pentadbiran dan hak kebebasan bersuara. - Agensi/KOSMO

No comments:

Post a Comment