My Add

Wednesday, 27 February 2013

IKHLAS dakwa 200,000 peniaga kecil di negeri pembangkang ditindas

KUALA LUMPUR, SELASA, 26 Februari, 2013: Kira-kira 200,000 peniaga sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di tiga negeri di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang mendakwa ditindas dalam menjalankan perniagaan di negeri terbabit.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Mohd Ridzuan Abdullah, berkata hasil kajian pertubuhan itu, kira-kira 100,000 peniaga di Selangor, 50,000 di Pulau Pinang dan 50,000 peniaga di Kedah dalam keadaan tertekan meneruskan perniagaan.

Beliau berkata, antara contoh penindasan termasuk merobohkan premis perniagaan, merampas barangan jualan, mengancam untuk menutup perniagaan mereka dan paling teruk apabila diugut dengan menggunakan senjata api.

"IKHLAS sudah turun pandang dan kita sendiri lihat bagaimana pihak berkuasa tempatan di di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang robohkan kedai, sita serta rampas barang peniaga tanpa memberi pampasan," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau berharap pada pilihan raya umum ke-13 kali ini peniaga dapat memilih kerajaan yang betul-betul membela nasib dan masa depan mereka.

Mengulas manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan semalam, Mohd Ridzuan berkata, seperti biasa mereka mengeluarkan janji palsu dan janji manis yang akhirnya tidak ditunaikan. - BH

No comments:

Post a Comment