My Add

Wednesday 27 February 2013

Kes sindiket bayi: Reman sembilan individu dilanjutkan

BUKIT MERTAJAM, SELASA, 26 Februari, 2013: Polis berjaya mendapatkan perintah untuk melanjutkan reman sembilan daripada 45 individu yang ditahan dalam Ops Pintas Sayang II bagi membantu siasatan berhubung sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak, sehingga esok.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Mazlan Kesah berkata, tempoh tahanan reman sembilan individu itu, lima perempuan dan tiga lelaki berusia 28 hingga 50 tahun, dilanjut bagi melengkapkan siasatan kes.

"Kertas siasatan akan dapat disiapkan secepat mungkin, dan kebanyakan mereka yang masih ditahan itu adalah pembeli bayi dan kanak-kanak daripada sindiket berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, 36 individu lain yang ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan mahkamah mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.

Mazlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, dan jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta didenda.

Ahad lalu, media melaporkan 22 bayi dan kanak-kanak yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang berjaya diselamatkan di Selangor, Johor, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Polis Pulau Pinang berjaya membongkar sindiket itu dan menahan 45 individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 50-an yang dipercayai dalang sindiket berkenaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment