My Add

Friday 29 March 2013

15 pelajar maut serangan mortar di universiti di Syria

KAHERAH, JUMAAT,29 Mac, 2013: Sekurang-kurangnya 15 pelajar terbunuh dan 20 lagi cedera dalam serangan mortar di sebuah universiti di Syria, semalam.

Stesen televisyen tempatan, SANAA melaporkan, serangan tersebut berlaku di Universiti Damsyik dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan pengganas yang merujuk kepada kumpulan pemberontak di negara tersebut.

Dekan universiti berkenaan, Amer Mardini berkata, 15 pelajar terbabit terbunuh selepas pengganas melancarkan serangan mortar ke atas bangunan fakulti arkitek. - dpa/UTUSAN

No comments:

Post a Comment