My Add

Friday 29 March 2013

Program Ar Rahnu YaPEIM catat peningkatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Pulangan pelaburan melalui program Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mencatat kadar peningkatan 8.05 peratus tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pulangan tersebut merupakan yang tertinggi sejak program itu diperkenalkan 11 tahun lalu.

Tambah beliau, pulangan yang akan diterima oleh penyedia dana itu juga jauh lebih tinggi daripada pulangan akaun pelaburan melalui mana-mana institusi kewangan di negara ini.

"Perkembangan program Ar Rahnu telah berupaya memberi perkhidmatan melalui transaksi terkumpul sejumlah 6.1 juta dengan jumlah pembiayaan terkumpul sebanyak RM10.2 bilion telah dikeluarkan sejak program ini diperkenalkan.

"Pada setiap tahun 1.2 juta kumpulan sasar menerima manfaat daripada skim ini dan melibatkan pembiayaan tahunan berjumlah RM1.8 bilion,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena majlis penyerahan keuntungan pelaburan Program Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment