My Add

Friday, 29 March 2013

Iran, Korea Utara, Syria bantah perjanjian jual beli senjata PBB

NEW YORK, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Iran, Korea Utara dan Syria hari ini membantah persetujuan bagi menerima pakai perjanjian perdagangan senjata antarabangsa membabitkan 193 negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun Mexico mencadangkan agar mesyuarat diteruskan untuk menerima pakai perjanjian berkenaan hari ini meskipun tanpa sokongan tiga negara berkenaan kerana berpendapat ia sudah memadai jika mendapat persetujuan majoriti.

Delegasi PBB kemudian meneruskan sesi perdepatan usul berkenaan sama ada ia perlu dilaksanakan dengan beberapa negara menyokong saranan Mexico. - AP/BH

No comments:

Post a Comment