My Add

Friday 29 March 2013

Angka korban serangan di Universiti Damsyik meningkat 15 orang

DAMSYIK, JUMAAT, 29 Mac, 2013:: Angka korban akibat serangan mortar di kampus Universiti Damsyik meningkat kepada sekurang-kurangnya 15 pelajar hari ini dengan media tempatan mendakwa serangan dilakukan kumpulan pengganas.

Serangan tercetus membabitkan kumpulan pemberontak dan tentera rejim Presiden Bashar al-Assad selepas pesawat pejuang melancarkan serangan ke atas kubu kuat pemberontak di Irbin dan beberapa bandar di timur ibu negara berkenaan.

"Seramai 15 pelajar terbunuh dalam serangan mortar yang dilancarkan oleh pengganas yang mensasarkan Fakulti Seni Bina," kata Dekan Universiti Damsyik, Amer Mardini. - AFP/BH

No comments:

Post a Comment