My Add

Friday 29 March 2013

50 warga Nigeria mengamuk di Balai Polis Jinjang

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Lebih 50 warga Nigeria mengamuk di pekarangan Balai Polis Jinjang di sini malam ini dipercayai mahu menuntut bela kematian seorang rakan mereka yang dikatakan dipukul oleh penduduk tempatan.

Warga asing yang kebanyakannya pelajar kolej swasta itu berkumpul kira-kira pukul 10.30 malam sambil berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab terhadap kematian seorang lelaki yang dikenali sebagai Solomon Okolo, 30.

Dalam kekecohan itu, seorang wanita yang dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam tiba-tiba turut menjerit sebelum pengsan.

Difahamkan, Solomon telah dipukul penduduk kampung setelah dia dan seorang rakannya yang menaiki Proton Satria melanggar seorang lelaki tempatan yang sedang menunggang motosikal di Kampung Batu Muda dekat Kepong sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dua warga asing tersebut telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke balai polis Jinjang.

"Ketika dibawa ke balai, kita dapati tiada kecederaan pada luaran kedua-dua warga Nigeria itu. Tetapi secara tiba-tiba salah seorang mereka rebah ketika sedang membuat laporan polis. Pihak polis telah memanggil pihak hospital dan dia disahkan telah meninggal dunia," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment