Korea Utara buat persiapan serangan roket ke atas pangkalan tentera AS
SEOUL, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un hari ini mengarahkan persiapan diadakan untuk serangan roket strategik ke atas tanah Amerika Syarikat (AS) dan pangkalan tentera negara itu di Pasifik dan Korea Selatan.
Jong-Un berkata, arahan yang dikeluarkan pada mesyuarat tergempar dengan komander-komander tentera tengah malam tadi itu adalah tindak balas secara langsung kepada penggunaan pesawat pengebom AS yang berupaya membawa bom nuklear, B-2 pada latihan ketenteraan bersama antara Washington dan Seoul di Korea Selatan, semalam.
Ketika US membuat provokasi, tentera Korea Utara sepatutnya menyerang tanah AS, pangkalan tentera di Pasifik, termasuk di Hawaii dan Guam serta di Korea Selatan tanpa belas kasihan," katanya yang dipetik oleh Agensi Berita Pusat Korea. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment