My Add

Friday, 29 March 2013

Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri mula dibanjiri orang ramai


 *PUSAT Pameran Antarabangsa Mahsuri diserbu orang ramai yang hadir untukmelihat lebih dekat pesawat udara yang dipamerkan sempena LIMA 2013 di Langkawi hari ini. - UTUSAN

LANGKAWI, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Orang ramai mula membanjiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini bagi menyaksikan pameran dan pertunjukan aerobatik Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 yang mula dibuka kepada orang awam hari ini.

Mereka yang datang dari seluruh negara tiba seawal pukul 8 pagi dan kelihatan beratur panjang di pintu masuk MIEC bagi membolehkan berada di kawasan pameran lebih awal.

Pertunjukan udara pada LIMA 2013 dibuka kepada orang awam pada hari ini dan esok untuk dua sesi pertunjukan iaitu pada sebelah pagi dari 10 hingga 11.30 pagi manakala sesi petang (2.30 petang hingga 4 petang).

Selain itu mereka juga boleh memasuki dewan MIEC yang menempatkan pameran-pameran teknologi ketenteraan dan komersial daripada pelbagai syarikat tempatan serta antarabangsa.

Demonstrasi maritim dan pameran statik kapal yang bertempat di Awana Porto Malai pula dibuka percuma kepada orang awam dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment