ABDUL Ghani Harun... Bekas Exco Pemuda PKR. |
Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Rakyat perlu menolak pemimpin pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mereka mempunyai masalah integriti, kata Bekas Exco Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Ghani Harun.
Beliau berkata, persoalan moral bukan hanya salah laku seks semata-mata, sebaliknya juga berkisar kepada persoalan integriti moral.
Jelas Abdul Ghani, beliau menjadikan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebagai contoh salah seorang pemimpin pembangkang yang mempunyai masalah integriti.
Karpal disifatkan sebagai orang pertama mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dengan aktiviti homoseksual iaitu pada 18 Disember 1997.
Sebaliknya, pada waktu ini, Karpal antara pemimpin pembangkang yang membela Anwar bagi isu yang sama.
Pada 1997, beliau (Karpal) telah membongkarkan persoalan moral Anwar di dalam Parlimen dengan meminta Anwar membersihkan nama kerana ada dua laporan salah laku seks Anwar dengan pemandunya, Azizan Abu Bakar dan dengan isteri salah seorang pegawai Anwar sendiri.
"Karpal juga tahu soal keputusan Mahkamah Rayuan 2004 yang mengesahkan bahawa kejadian homoseksual di Tivoli Villa itu berlaku. Ini persoalan integriti moral pemimpin yang seharusnya dinilai oleh rakyat dan sesungguhnya mereka ini tidak layak memimpin negara," katanya.
Abdul Ghani yang juga Presiden Warisan Anak Merdeka berkata demikian kepada Utusan Online di sini semalam.
Beliau turut mempertikaikan integriti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.
Menurut Abdul Ghani, Guan Eng mengetahui dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang terbaharu, wujud penipuan namun perkara itu dibiarkan berlaku.
"Ini jelas memperlihatkan masalah integriti moral beliau. Maka, renungkanlah nasib yang akan menimpa negara sekiranya mereka ini diangkat menjadi pemimpin Malaysia," tegasnya. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment