My Add

Friday 29 March 2013

50,000 pelawat awam dijangka mengunjungi LIMA hari ini

LANGKAWI, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Dianggarkan 50,000 pelawat dari dalam dan luar negara membajiri Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini bagi menyaksikan pameran serta pertunjukan aerobatik Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 yang mula dibuka kepada orang awam hari ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sambutan memberangsangkan orang awam terhadap pameran edisi ke-12 itu dapat dilihat apabila mereka menyerbu dan memenuhi tapak pameran pameran sejak awal pagi.

Kata beliau, LIMA 2013 juga mencatakan kehadiran seramai 38,421 pelawat perdagangan dari hari pertama LIMA 2013 bermula Selasa lalu sehingga semalam.

''Mesyuarat bisnes ke bisnes yang diuruskan dalam tempoh itu mencapai 1,022 pertemuan. Ini membuktikan LIMA juga memainkan peranan sebagai satu landasan untuk mengeratkan hubungan dengan negara-negara asing,'' katanya di sini hari ini. - UTUSAN.

No comments:

Post a Comment