Rusia adakan latihan tentera laut secara mengejut
MOSCOW, JUMAAT, 29 Mac, 2013: Presiden Rusia, Vladimir Putin semalam mengarahkan pihak tentera luat mengadakan satu latihan secara besar-besaran di Laut Hitam.
Latihan secara mengejut itu melibatkan 36 kapal perang, sejumlah pesawat dan kira-kira 7,000 anggota tentera bermula 4 pagi hari ini (12.00 malam hari ini).
Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, mengikut undang-undang antarabangsa, Rusia tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada negara jiran untuk menjalankan latihan ketenteraan yang tidak melibatkan jumlah tentera melebihi 7,000 anggota.
Kapal-kapal perang yang ditempatkan di pangkalan tentera laut Novorossiysk, selatan Rusia dan pangkalan tentera laut di Sevastopol, Ukraine turut mengambil bahagian dalam latihan berkenaan. - dpa/UTUSAN
No comments:
Post a Comment