My Add

Friday, 29 March 2013

Maritim tahan bot kargo Thailand bawa beras, ikan baja seludup

Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH 29 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan menahan sebuah bot kargo dari Songkla, Thailand yang menggunakan lesen kargo tempatan bersama 17 awak-awak di lokasi 135.1 kilometer dari Tok Bali, dekat sini semalam.

Bot kargo terbabit ditahan kerana gagal menunjukkan surat pengisytiharan barangan yang dibawa ke perairan negara.

Ketua Penguat Kuasanya, Kapten Maritim Wan Burhanuddin Jusoh berkata, Kapal Maritim Ligitan yang sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur bersama 14 anggota diketuai Leftenan Komander Maritim, Sharih Samsudin telah mengesan bot berkenaan dalam keadaan mencurigakan dan memecut untuk mengelak pemeriksaan pihak berkuasa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati kargo terbabit membawa 20 guni beras Siam seberat 1,000 kilogram tanpa dokumen sah, dan 1,000 kilogram ikan baja yang dipercayai dibeli di tengah laut serta 24 keping pasport, sebahagiannya milik awak-awak terbabit.

"Awak-awak terbabit berusia di antara 15 tahun hingga 53 tidak memiliki buku pelaut adalah warga Thailand dan ditahan reman selama 14 hari di bawah Seksyen 47(D) Akta Perikanan 1985 bagi membolehkan siasat terperinci dijalankan.

"Awak-Awak di bawah umur akan dihantar pulang ke negara mereka manakala selebihnya akan disiasat di bawah Seksyen 8(B) akta sama berhubung kes melanggar syarat sah lesen serta menggunakan tenaga kerja warga asing tanpa permit sah walaupun bot berkenaan memiliki lesen kargo di perairan Kelantan yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment