Oleh FATIN AINAA FAUDZI
TANJONG KARANG, AHAD, 31 Mac, 2013: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memperuntukkan RM12 juta untuk membina Institut Pengurusan Peladang (IPP) yang keenam di Malaysia di kawasan seluas 0.4 hektar di Jalan Sungai Kajang di sini.
Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pembinaan IPP tersebut mampu membangunkan modal insan dalam kalangan anggota peladang di seluruh negara.
Semua pihak sedia maklum bahawa pembangunan modal insan amat penting. Walaupun pelbagai bantuan, insentif dan subsidi diberikan, namun sekiranya peladang tidak ada modal insan sebenar, mereka mungkin tidak mempunyai anjakan untuk berjaya dalam apa yang dilakukan.
Saya juga yakin jika semangat tiada di dalam jiwa, sudah tentu apa yang diberikan oleh kerajaan kurang meninggalkan kesan kepada mereka," katanya selepas Majlis Pecah Tanah IPP Tanjong Karang di sini hari ini.
Katanya, pusat itu akan meningkatkan latihan bagi mewujudkan transformasi dalam kalangan peladang terutamanya kepada mereka yang ingin berjaya.
Sekiranya peladang masih mengamalkan tradisi perladangan yang lama, mereka mungkin tidak akan maju berbanding kaedah transformasi yang akan dijalankan.
Kita juga dalam masa yang sama telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk diagihkan kepada 272 pertubuhan peladang di seluruh negara," katanya.
Noh berharap peruntukan itu dapat diagihkan kepada peladang yang belum mendapat apa apa bantuan daripada pihak kerajaan.
Kita juga mengutamakan peladang muda dengan wujudnya Kor Tani dan kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM8 juta untuk pembangunan generasi muda yang bergiat dalam sektor pertanian," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment