Oleh FARHANA JONI
KUCHING, AHAD, 31 Mac, 2013: Malaysia membawa pulang empat anugerah dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2013 (AIFFA) menerusi lakon layar terbaik, pelakon lelaki terbaik serta filem terbaik bagi kategori komedi dan aksi.
Filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said memenangi anugerah Lakon Layar Terbaik manakala Shaheizy Sam pula diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantapnya dalam filem Songlap.
Filem Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Kategori Komedi manakala filem Songlap pemenang Anugerah Filem Terbaik Kategori Aksi.
Shaheizy ketika ditemui memberitahu, dia gembira dengan pengiktirafan tersebut dan menghadiahkan kemenangan itu kepada ibu serta keluarganya.
"Saya terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang dan tidak percaya tetapi yakin ini merupakan kerjasama semua pihak dalam industri ini," katanya.
Lebih 100 filem tempatan termasuk lapan dari luar negara termasuk Myanmar, Singapura, Brunei, Filipina, India, Australia dan Amerika Syarikat telah dipertandingkan untuk anugerah tersebut di festival filem yang bermula sejak Jumaat lalu. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment