My Add

Monday, 1 April 2013

UIG mohon terima pelajar perubatannya

GAZA, AHAD, 31 Mac, 2013: Universiti Islam Gaza (UIG) di sini memohon agar universiti-universiti di Malaysia membuka peluang pendidikan kepada pelajar-pelajar perubatannya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dekan Fakulti Perubatannya, Dr. Omar Ferwana berkata, Universiti Islam Gaza belum lagi mempunyai hospital perubatan sendiri untuk tujuan latihan dan pascaijazah.

“Insya-Allah pada tahun hadapan hasrat ini (ada hospital perubatan sendiri) akan terlaksana.

“Namun kami berharap universiti-universiti di Malaysia dapat menempatkan satu atau dua pelajar kami di fakulti perubatan mereka agar pelajar-pelajar itu mendapat pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek perubatan di Malaysia," kata beliau dalam satu pertemuan di sini semalam.

Rombongan kumpulan pakar perubatan seramai enam orang yang dibawa khas oleh Aman Palestin Berhad telah membuat kunjungan hormat terhadap Dr. Omar di pejabatnya bagi melihat bentuk hubungan dan kerjasama perubatan yang boleh dijalinkan antara Malaysia dan Palestin.

UIG adalah antara dua universiti di sini yang menghasilkan kira-kira 550 pelajar setahun dalam bidang perubatan. - UTUSAN )

No comments:

Post a Comment