My Add

Monday 29 July 2013

3 lelaki diberkas cuba samun kedai gambar di Kuantan

KUANTAN, ISNIN, 29 Julai, 2013: Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam cubaan samun sebuah kedai gambar di Balok di sini awal hari ini.

Tiga lelaki terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya di Km 12 berhampiran Jalan By-Pass menghala ke Kuantan pada pukul 2.10 pagi, kira-kira dua jam selepas cubaan samun itu dilaporkan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, polis menemui sebilah parang, sebatang kayu dan dua helai t-shirt di dalam kereta yang dinaiki ketiga-tiga lelaki berusia 22, 23 dan 35 tahun itu.

"Dalam kejadian cubaan samun itu, dua daripada lelaki itu dilapor memasuki premis berkenaan dan mengacukan parang ke arah dua pelanggan yang berada di dalam kedai itu.

"Pemilik kedai yang berusia 30-an berjaya lari keluar dari premis itu dan menghubungi polis," katanya di sini hari ini dan memberitahu suspek yang panik melarikan diri dengan sebuah kereta.

Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan itu tidak mempunyai rekod jenayah dan seorang daripada mereka bekerja sebagai tukang kebun di sebuah sekolah. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment