My Add

Tuesday 30 July 2013

Adam Adli bersama 33 individu hadapi tuduhan merusuh

KUALA LUMPUR, ISNIN, 29 Julai, 2013: Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim, yang didakwa menyertai perhimpunan Blackout 505, minggu lalu, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, hari ini bersama 33 lain atas tuduhan merusuh dan menjadi ahli perhimpunan di depan bangunan Parlimen, bulan lalu.

Adam Adli, 25; Ketua Cabang PKR Rembau, Badarul Hisham Shaharin, 35; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang, 24; Sekretariat SMM, Ekshan Bukharee Badarul Hisham, 22, dan 29 lagi, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di depan Hakim tepat jam 1 petang.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan setiap tertuduh, masing-masing diikat jamin RM2,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan kes. - BH

No comments:

Post a Comment