My Add

Wednesday 3 July 2013

Ahli DAP lapor ROS wujud budaya cantas

David Dass 
PUTRAJAYA, SELASA, 02 Julai, 2013: Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass yang mendakwa wujud budaya mencantas dalam DAP hari ini tampil membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung perkara terbabit di sini.

David berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan beliau dan lebih 100 ahli DAP dari lima cawangan sekitar Negeri Sembilan mengetahui mengapa mereka dilibatkan dalam budaya mencantas itu.

"Dalam laporan itu, saya kepilkan bersama bukti penyelewengan dan pelanggaran perlembagaan parti oleh segelintir ahli cawangan ketika mengadakan AGM baru-baru ini.

"Selain cawangan Desa Dahlia dan Nilai Perdana yang dimansuhkan penubuhannya, tiga lagi cawangan iaitu Ladang Paroi (Senawang), Regent (Gemencheh) dan Tuanku Jaafar (Seremban) telah mengadakan AGM tanpa mengikut perlembagaan parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar laporan rasmi berhubung perkara itu kepada ROS.

Kelmarin David bersama Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis dan Timbalan Pengerusi DAP Cawangan Nilai Perdana, S. Rajashegar mendakwa wujudnya isu mencantas cawangan yang bertindak lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap cara pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember lalu.

Malah, isu mencantas ahli DAP sememangnya berlaku apabila ada dalam kalangan mereka tidak diberi notis untuk hadir dan mengadakan AGM.

Berdasarkan kepada perlembagaan parti, setiap cawangan perlu diberi notis tujuh hari bagi mengadakan AGM, namun mereka langsung tidak dihubungi atau dimaklumkan mengenai perkara itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment