My Add

Thursday 4 July 2013

Bapa mengaku tidak bersalah rogol anak kandung

 * SEORANG bapa yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol anak kandung dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, Kelantan, semalam.
KOTA BHARU, RABU, 03 Julai, 2013: Seorang bapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak kandungnya berusia 13 tahun dalam kejadian pada November tahun lalu.

Tertuduh berusia 43 tahun berasal dari Bachok minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazly Bahruddin.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sumbang mahram itu walhal perhubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaannya yang terpakai untuk berkahwin dengannya.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara pukul 10 malam dan 9 pagi, pada bulan November 2012 di rumahnya di Kandis, Bachok.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk tertuduh melantik peguam.

Timbalan Pendakwa Raya Asmah Azhari yang mengendalikan pendakwaan, tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Difahamkan, mangsa adalah anak keempat daripada enam beradik. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment